Blitzscaling: Pengajaran Daripada Buku Reid Hoffman Untuk Usahawan
"Blitzscaling"
Buku Blitzscaling oleh Reid Hoffman (founder LinkedIn) adalah antara buku impak tinggi saya pernah baca tahun ini.
Ada saja idea yang mencurah-curah datang. Satu muka surat yang dibaca - dalam 5 idea datang. Sampai tak boleh tidur.
Secara mudah Blitzscaling ini adalah satu mazhab membesarkan nombor2 (users/revenue) syarikat secara kaw-kaw laju dalam keadaan yang tak menentu (uncertainty).
Efficiency/optimisation/SOP menyeluruh semua tolak tepi.
Antara contoh hypothetical yang diberi adalah sekiranya Walt Disney mahu "blitzscale" waktu membina Disneyland pada tahun 1950an, beliau mungkin boleh memberi diskaun 90% daripada harga tiket kepada 1 juta pelanggan pertama.
Dengan idea 1 juta pelanggan tersebut akan dapat menarik 10 juta lagi secara word of mouth/network effect.
Teknik yang sama kita boleh lihat digunapakai oleh Taobao - di mana mereka tak kenakan apa2 caj kepada pelanggan (merchant) pada awal penubuhan untuk dapatkan sebanyak mungkin pelanggan.
Tencent pula ubah strategi mereka 180 darjah, dalam keadaan sangat uncertain, dengan membina aplikasi mobile WeChat - walaupun produk desktop mereka yang sedia ada, QQ, mempunyai pengguna sebanyak 650 juta. Hasilnya - 700% peningkatan daripada segi jualan dalam masa 6 tahun.
Antara bab yang saya paling suka adalah bab "Designing To Maximize Growth: The Four Growth Factors"
Secara mudah, untuk membina model bisnes yang boleh di-blitzscale, 4 faktor perlu diambil kira:
1) Market size
No brainer. Lagi besar pasaran untuk produk kita, lagi tinggi potensi untuk di-blitzscale.
2) Distribution
Strategi untuk memastikan produk itu sampai ke tangan pengguna. Sama ada menggunakan network orang lain (Zynga & Facebook) atau gunakan kuasa viral (Dropbox & Invite friends).
3) High Gross Margins
Lebih tinggi margin (Untung kasar/Jualan) lebih baik, lebih daripada 60%.
4) Network Effects
Model bisnes yang memberi manfaat kepada pengguna sedia ada dengan penambahan pengguna baru. Contoh: Uber, Airbnb.
Empat faktor di atas membuat saya bertanya-tanya.. "Model bisnes aku ni betul ke tidak?”
.
.
Rumusan di atas ni saya rasa langsung tak memberi 'justice' kepada content dalam buku ini. Saya sarankan tuan/puan beli, baca dan hadam sendiri!
P.S: Buku ini saya rasa bagus untuk pengetahuan am berkenaan blitscaling/growth. Tapi daripada segi execution, kita perlu lihat daripada segi lensa pasaran Malaysia/SEA - yang sangat, sangat berbeza dengan pasaran USA/China/Latin America.