Cohort Retention: Cara Mengukur Kesetiaan Pelanggan Bisnes Anda
Cohort retention
Antara cara untuk kita ukur tahap kesetiaan pelanggan adalah dengan menggunakan analisa cohort retention.
Analisa ini penting dan sering diminta oleh para pelabur.
Konsepnya mudah:
Untuk pelanggan yang mula membeli dengan kita pada bulan Januari 2021 -
Berapa ramai yang masih setia membeli di bulan Februari? Mac? April?
Kemudian kita kaji pula untuk pelanggan yang membeli di bulan Februari 2021 -
Berapa ramai yang masih setia membeli di bulan Mac? April? Mei?
.
Setelah kumpul data2, hasilnya akan jadi begini:
Cohort Januari 2021
—
Januari 2021: 100 membeli
Februari 2021: 50 membeli (50%)
Mac 2021: 40 membeli (40%)
..
Disember 2021: 30 membeli (30%)
.
Dalam erti kata yang lain,
50% daripada kumpulan yang beli pada bulan Januari akan membeli di bulan seterusnya.
40% daripada kumpulan yang beli pada bulan Januari akan membeli 2 bulan selepas itu.
30% daripada kumpulan yang beli pada bulan Januari akan terus setia selama 12 bulan.
Lebih tinggi nombor % itu, lebih bagus.
.
Teknik ini bagus untuk kita faham secara mendalam:
• Pelanggan jenis manakah yang memberi pulangan paling tinggi (umur? jantina? lokasi? kerja?)
• Marketing bulan apa & kepada golongan apa yang menghasilkan pulangan paling tinggi
• Tahap keberkesanan produk/servis kita
.
Untuk laksanakan analisa ini, penting untuk kumpul data terlebih dengan cara sistematik terlebih dahulu.
Bagi yang menjual secara WhatsApp - boleh juga kumpul data secara manual. Asalkan kumpul data.
Boleh google “cohort retention template” untuk contoh.
.
P.S: Lama tak buat sharing. Sibuk dengan kerja & belajar benda2 baru!
P.P.S: Gambar style Tiktok. Pakai jari tunjuk2. Hahaha.