Cuba Sampai Jadi: Kisah TheLorry Dapat Peluang IKEA
Cuba, cuba, cuba sampai jadi! IKEA & TheLorry
Ini adalah kisah di mana TheLorry berjaya mendapat peluang percubaan untuk membuat penghantaran “on-demand delivery” di IKEA Tebrau, Johor Bahru …. 20 BULAN selepas email kami yang pertama.
Di IKEA Singapore sudah lama ada konsep on-demand delivery ini, sejak 2015.
Customer boleh pilih untuk penghantaran 1-2 hari ataupun penghantaran *SEKARANG* dengan membuat tempahan melalui iPad yang disediakan.
Konsep yang sama kita mahu bawa di Malaysia.
First step, kami cari email boss besar mereka melalui Linkedin dan hantar proposal melalui email.
Kami tak harapkan respon sebab ianya 'cold email'. Tapi alhamdulillah dia reply!
Kami dapat berjumpa dengan team yang menjaga bahagian penghantaran dan ‘pitch’ proposal kami.
Namun selang beberapa bulan - belum ada jawapan konklusif untuk idea ini.
Kami kata: “Tak boleh jadi ini, kita kena buat something untuk tarik perhatian.”
That’s what we did.
Kita buat kempen GUERILLA di salah satu cawangan mereka dengan menjanjikan penghantaran dalam masa sejam.
Caranya? Kami lepak di area roundabout berdekatan entrance parking & traffic light sambil pegang sepanduk.
Selepas beberapa jam, kita rasa bosan pula.
Kami pindah ke kawasan dalam IKEA untuk buat marketing.. dan kemudian kena HALAU. Kah kah. Sampai manager tertinggi diorang turun untuk minta kita pergi.
In hindsight, sebenarnya memang kita yang salah dalam soal ini. Melanggar undang-undang dan SOP mereka dengan buat marketing di dalam kawasan mereka.
Setahun berlalu - namun masih tak berjaya untuk yakinkan mereka untuk lancarkan servis ini. Adalah beberapa sebab yang diberikan.
Kami pun rasa nak GIVE UP dengan idea ini.
Tapi kita terus juga buat macam-macam promosi untuk tarik pengguna IKEA gunakan servis TheLorry menggunakan marketing digital. Kami mahu nama kami sinonim dengan IKEA.
Ogos 2017 - kami dapat satu panggilan. Untuk masuk dan beri pembentangan dan ‘pitching’ kepada team IKEA.
Mereka mahu lancar servis on-demand delivery di IKEA Tebrau.
Dan mereka memberi peluang kepada TheLorry untuk membuat servis ini secara percubaan.
Kami tarik nafas lega. Alhamdulillah.
Dapat pun.
Setelah 20 bulan.
Tanpa buang masa - kami terus setup SOP dan recruit team baru di sana.
Hari ini 11 November adalah soft launch pembukaan IKEA Tebrau. Kami sudah mula beroperasi!
Pembukaan untuk orang awam adalah 16 November (Khamis). Jom turun ramai-ramai!!
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ms. Rebecca - pelanggan pertama kami di IKEA Tebrau!!
This post is dedicated to all TheLorry team members who made our dream of one day working with IKEA a reality. Thank you.
Super proud of our team,
Nadhir Ashafiq
P.S: Never give up.
#blog