· Asal di Facebook

"Do Things That Don't Scale": Gerak Kerja Startup Fasa Awal

“Do things that don’t scale”

Gerak kerja startup pada fasa awal tidak sama dengan startup dalam fasa growth.

Startup di sini bermaksud sebuah syarikat yang membuat produk baru di mana faktor & potensi kejayaannya masih samar2.

Ianya berbeza dengan syarikat SME di mana faktor & potensi kejayaannya boleh dijangka dan sudah ada kajian kes - i.e kedai makan, kedai serbaneka, etc.

.

Startup pada fasa awal (6-12 bulan pertama):

• Belum ada pelanggan & pembekal yang tetap yang percayakan kita

• Belum ada produk yang siap - masih dalam fasa ujikaji

• Belum ada strategi marketing yang tepat

• Belum faham dengan menyeluruh landskap pasaran dan industri

.

Pada fasa awal, untuk mendapatkan momentum, kita tidak boleh duduk depan laptop, goyang kaki dan tunggu 4 perkara di atas terjadi dengan sendirinya.

Kita harus turun padang & buat kerja2 yang dianggap renyah/leceh untuk dapatkan momentum daripada segi kepercayaan pelanggan/pembekal & brand awareness.

Ini adalah mazhab salah satu accelerator terkenal di dunia - Y-Combinator dengan mantranya - “Do things that don’t scale”

Lama juga saya fikir terjemahan untuk mantra di atas. Tapi yang paling tepat saya rasa adalah: “Membuat aktiviti2 renyah dan leceh pada fasa awal”

.

Antara contoh2 aktiviti2 renyah & leceh tetapi perlu dibuat:

1. Close sales secara manual. Walaupun kita ada platform e-commerce/SaaS yang canggih dan automated - 50 ke 100 pelanggan pertama mungkin kita perlu close secara manual untuk dapatkan momentum awal. Manual = WhatsApp, meeting, buatkan untuk customer, etc.

2. Onboard secara manual. Untuk syarikat e-commerce, mungkin ada seller yang malas nak upload SKU mereka di platform kita. Takpa kita buatkan untuk dia. Pi kedai dia, ambil gambar dan uploadkan. Contoh lain: isikan borang, downloadkan aplikasi, beri training percuma, etc.

3. Turun padang. Untuk bisnes servis dan bagi 50-100 pelanggan pertama, kita perlu buat sendiri servis tersebut. Ini peluang keemasan untuk kita bercakap & survey secara langsung dengan pelanggan/pembekal dan dapatkan info berharga.

4. Beri customer experience tahap tinggi. Hubungi setiap pelanggan dan tanya pengalaman mereka. Beri surat handwritten dan ucap terima kasih. Hantar hamper. Hantar hadiah personalised. Saya yakin pelanggan akan suka dan share.

5. User testing secara manual. Turun padang dan bercakap dengan 10-20 orang yang tak dikenali dan minta mereka guna produk kita. Lihat bagaimana dia guna/klik. Catat semua perkara yang kita belajar.

.

Kesemua perkara di atas adalah benda yang syarikat fasa growth atau MNC mungkin tidak akan buat. Kerana ianya leceh dan kosnya tinggi apabila pelanggan/pembekal ramai.

.

Tetapi perlu dibuat oleh startup fasa awal demi:

• Nak fahamkan pelanggan & pembekal kita dengan lebih intim

• Nak dapatkan 50-100 pelanggan pertama yang suka dengan produk/servis kita

• Dapatkan “buzz” supaya orang akan cakap2 positif berkenaan produk/servis kita

• Nak tahu marketing gaya apa yang tepat

• Nak faham isu2 pasaran seperti harga, pesaing, budaya, etc.

.

Gambar: Turun padang dan alami sendiri proses angkut barang.

P.S: Saya tak tahu beza lori 1 tan dan 3 tan waktu saya mula TheLorry. Selepas turun padang baru faham. Haha.

← Semua artikel