Emotional Intelligence: Tanda Ukur Pemimpin Yang Hebat
Emotional Intelligence
Mengikut Daniel Goleman, tanda ukur seorang pemimpin yang hebat bukanlah semata-mata IQ yang tinggi atau skil teknikal yang hebat.
Tetapi menurut beliau, skil 'emotional intelligence' adalah jauh lebih penting.
Seorang pemimpin yang mempunyai 'emotional intelligence' selalunya menunjukkan ciri-ciri di bawah:
.
1. Kesedaran kendiri (self-awareness): sedar akan kekuatan, kelemahan, objektif, hala tuju diri sendiri.
Contoh: seorang usahawan yang tahu beliau seorang yang tidak berstruktur meluangkan masa lebih untuk berfikir secara berstruktur sebelum membuat keputusan.
.
2. Regulasi kendiri (self-regulation): mahir mengawal emosi.
Contoh: seorang usahawan yang tak melenting apabila pekerja buat kerja tak betul. Berbincang dengan tenang dan objektif.
.
3. Motivasi: Mempunyai motivasi tinggi untuk berjaya
Contoh: seorang usahawan yang rugi 6 bulan berturut-turut tidak menyerah kalah dan mencari mentor/coach untuk membantu bisnes beliau.
.
4. Empati: berupaya faham & selami perasaan orang lain
Contoh: seorang usahawan yang faham motivasi dan perasaan pelabur sebelum 'pitching' kepada beliau. Konten yang dibentangkan tepat dengan naluri hati pelabur tersebut.
.
5. Skil bersosial: pandai membina hubungan & meyakinkan orang lain
Contoh: seorang usahawan yang meyakinkan semua 100+ pekerja beliau yang syarikat harus 'pivot' kepada model bisnes lain untuk bersaing dengan syarikat2 baru.
.
Daripada 5 ciri ini, tuan/puan yakin ada berapa ciri dalam diri?