Networking: Pengajaran Daripada Ngopi Bersama TS Nazir Razak
Networking
Isnin lepas, saya bernasib baik dapat mengopi santai bersama TS Nazir Razak (ex-big boss saya di CIMB dulu). Terima kasih Radzi host kami.
Sesi 2 jam+ yang penuh dengan cerita2 menarik tentang perjalanan beliau membina CIMB dan tentunya adegan2 kelakar yang beliau alami (rujuk gambar kedua, gelak camni ha —-> 😆)
Kawan-kawan saya yang lain seperti Khairul, Nazroof dan Mohd Izzairi sudah menulis panjang berkenaan konten perbincangan kami. Boleh ke FB mereka!
Tetapi dalam post ini saya nak kupas berkenaan networking.
Orang selalu sebut “network is net worth” - saya 100% percaya kepada pegangan ini.
Dan saya berani kata networking ini bukan sahaja penting untuk dunia nyata/fizikal. Tetapi di dunia online/metaverse juga (ooo?).
Tetapi sebenarnya bagaimana nak bina network?
1. Buat kawan
Networking ini secara mudahnya buat kawan. Nak buat kawan perlu ada “common interests” - jadi baca dan ambil tahu seberapa banyak bidang yang boleh.
Contoh, kita jumpa kenalan baru yang kerja dalam bidang digital marketing. Haa tanyala soalan2 seperti pendapat beliau tentang algoritma FB yang baru, impak tiktok vs ig stories atau keberkesanan linkedin ads.
Beranikan diri, ringankan mulut dan bertegur sapa (atau hantar DM)!
2. Masuk komuniti dan beri nilai
Bila sudah nampak ada keserasian dengan mana2 individu, minta (dengan gaya tidak malu) untuk kita dimasukkan ke dalam mana2 komuniti seperti group WhatsApp/Telegram/Discord.
Sekiranya komuniti itu eksklusif (usahawan minimum revenue x juta, perlu beli token mahal untuk masuk Discord) - cubalah sedaya upaya dan “hustle sampai hasil” untuk dapatkan status tersebut.
Of course apabila sudah masuk dalam komuniti itu. Bawa nilai tambah sebanyak mungkin. Share tips. Share strategi. Share how-tos. Share pengalaman. Jangan kedekut ilmu!
3. Buat baik dengan semua
InsyaAllah sekiranya kita dilihat sebagai seorang “thought leader” dan jenis berkawan dengan semua - komuniti2 lain juga akan jemput kita masuk group mereka.
Berganda2 network dan juga net worth kita!
P.S: Salam malam 27 Ramadan.