"Now Everyone Can IPO": Memahami Equity Crowdfunding Untuk Semua
"Now everyone can IPO"
Kebiasaannya, syarikat2 memilih untuk menerbitkan saham di Bursa Saham (Initial Public Offering, IPO) untuk tujuan:
1. Meraih dana tambahan
2. Membolehkan pelabur2 awal untuk mencairkan pegangan mereka (liquidity) kepada pelabur2 baru
Cara tradisional sebelum ini adalah ke Bursa Saham. Prosesnya lama dan mungkin renyah dengan dokumen2 dan proses due diligence.
Tapi hari ini saya nak share cara baru kepada tuan/puan untuk capai objektif2 di atas dengan cara lebih mudah tetapi dalam skala lebih kecil.
Bagaimana?
1. pitchIN Equity Crowdfunding (ECF)
Dengan ECF, mana2 syarikat persendirian (Sdn Bhd) di Malaysia boleh mencari dana tambahan untuk tujuan mengembangkan perniagaan, mencari modal pusingan atau merancakkan Research & Development.
Yang menariknya, siapa2 sahaja boleh melabur dalam ECF ini. Bukan hanya untuk institusi atau fund besar2.
Proses dari due diligence ke fasa LIVE mungkin dalam 1-3 bulan.
2. pitchIN Secondary Trading Exchange (PSTX)
PSTX adalah satu inisiatif baru untuk membolehkan mana2 syarikat yang meraih dana di pitchIN ECF untuk dagangkan saham mereka di sebuah 'bursa mini'.
Sama saja seperti Bursa Saham - ada Order Book (Bid/Ask) dan Limit/Market order. Siap ada carta untuk kita buat Technical Analysis. 😁
Tetapi bezanya transaksi jual & beli hanya akan dibuka pada hari Rabu dan Khamis sahaja. Mungkin ini strategi mereka untuk memastikan proses jual beli itu lebih baik (deeper liquidity).
Saya ada attach berapa screenshot PSTX untuk rujukan.
Menarik bukan?
Kedua2 produk ini adalah berdaftar di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Team TheLorry akan anjur satu sesi bersama pitchIN untuk terangkan kedua2 produk ini dengan lebih lanjut minggu depan.
Percuma termasuk makan tengahari. Rugi kalau tak datang!
Butiran seperti poster di bawah. Daftar di link di ruangan komen.
P.S: Bonus: ada juga sesi live pitching daripada saya sendiri, hehe. 😁
P.P.S: Art by Midjourney AI