· Asal di Facebook

Penyelesaian Konflik: Panduan Untuk Founder Dan Usahawan

Penyelesaian konflik

Sebagai seorang founder & usahawan, kita tidak akan dapat lari daripada konflik - sama ada dengan individu dalam syarikat (pekerja, pelabur, partner) ataupun luar syarikat (pelanggan, pembekal).

Peluang konflik akan terjadi dalam hayat bisnes kita? 100%.

Asam garam seorang founder & usahawan.

Saya tak ada formula ajaib untuk selesaikan konflik. Lain konflik, lain ubatnya.

Tetapi secara umum, berdasarkan pengalaman saya, tips-tips di bawah menolong saya secara peribadi:

.

1. Terbuka & lapang dada

Dengar perspektif semua pihak dalam isu tersebut. Beri pandangan dan maklumbalas yang jujur & ikhlas (walaupun susah/malu). Beri ruang kepada semua untuk bersuara.

2. Sila duduk jangan lari

Dalam situasi konflik, sekiranya objektif kita adalah untuk meredakan & menyelesaikan keadaan - mendiamkan diri bukanlah solusi. Dapatkan masa untuk duduk berbincang & bahas bersama.

3. Cari isu pokok

Semestinya ada isu pokok yang menyebabkan perbalahan tersebut. Korek sampai dapat, bentangkan secara terperinci & dapatkan “ya” daripada semua pihak yang itu adalah isu2 pokok.

4. Dapatkan solusi

Objektif apa2 perbincangan selepas dapatkan isu pokok adalah untuk mencari solusi. Cuba cari jalan tengah. Ingat - buang tepi ego & perasaan emosi. Masa depan bisnes kita lebih penting daripada perasaan emosi kita. Spesis Vulcan dalam Star Trek akan kata emosi ini “illogical”.

5. Agree to disagree

Sekiranya tiada jalan penyelesaian, di mana semua pihak sudah tawar hati & tidak mahu bekerja bersama maka elok diselesaikan dengan cara baik dan penuh hemah. Buka ruang untuk bekerjasama kembali satu hari nanti untuk mengekalkan hubungan.

.

P.S: Konflik dengan kawan baik tak perlu pakai tips di atas. Mukadimah yang dicadangkan: “Woi kau touching dengan aku ke? Rilek aa mengada siot.”

← Semua artikel