Pesanan Dan Nasihat Seorang Billionaire Indonesia Kepada Usahawan
Pesanan & nasihat seorang billionaire Indonesia
Jumaat lalu saya diberi peluang berjumpa dengan Pak Arif P Rachmat, pengarah sebuah konglomerat besar di Indonesia - Triputra Group.
Mereka mempunyai kepentingan dalam sektor kelapa sawit, pengilangan, logistik & trading.
Hasil carian Google menunjukkan keluarga beliau adalah antara yang terkaya di Indonesia (#18 menurut Forbes, #7 Globe Asia).
Tetapi punyala humble orangnya, sampaikan dalam meeting tersebut 2 kali beliau sebut:
“Thank you Nadhir for taking the time to come here today.”
Aik.
Saya jawab dalam hati:
“Sapa yang billionaire skang? Aku ke hang? Walhal aku yang minta jumpa.”
Haha.
Berikut adalah apa yang kami bincangkan:
1. Jaga nama baik & reputasi. Antara sebab mengapa GIC & Northstar bersama investor lain sanggup melabur US$200 juta untuk operasi kelapa sawitnya 15 tahun lepas, adalah disebabkan reputasi keluarganya yang cukup bagus.
2. Saya bertanya - kalau kita perlu rugi & belanja wang besar untuk menjaga nama baik - adakah ini wajar? Jawab beliau: Ya.
3. Talent yang bagus tak semestinya datang daripada industri yang sama. Mereka hanya perlu kompeten dalam PDCA - “Plan Do Check Action”
4. Waktu salah sebuah syarikat mereka dibeli oleh syarikat lain, hasil jualan tersebut diagihkan sedikit kepada staff. Terbina satu tahap loyalty yang tinggi.
5. Ramai talent Triputra adalah daripada referral network mereka yang dibina sekian lama.
6. Budaya bekerja dititikberatkan. Town Hall terbuka, lagu syarikat (style jepun), pertandingan inovasi antara syarikat.
7. Budaya Humility adalah salah satu daripada core values mereka - selain Integrity, Excellence & Compassion.
.
Sempat juga saya bertanya beliau tentang hal ehwal membina negara.
Apa yang patut Malaysia lakukan untuk bertumbuh lebih pesat.
Apa yang Indonesia buat dengan baik, Malaysia tak berapa baik dan vice versa.
Tapi takpelah, yang ini saya rahsiakan dulu. 😁