Tips Membina "Kabinet" Pengurusan Syarikat Yang Mantap
Tips bina “kabinet” syarikat
Di bawah adalah antara faktor2 utama yang saya ambil kira waktu membina “kabinet” syarikat:
1. Kepadanan budaya (“culture-fit”)
Lain syarikat lain budaya kerjanya.
Ada yang mengamalkan dasar terbuka, ada yang lebih feudal.
Ada yang menerapkan elemen agama (doa & solat berjemaah bersama), ada yang menerapkan nilai2 liberal (minum dan parti bersama)
Ada yang berstruktur, ada yang huru-hara.
Perwatakan, nilai & kepercayaan seorang bakal staf harus selari dengan budaya kerja yang kita amalkan.
Sebagai contoh, staf yang terbiasa dengan budaya ber-SOP dan berstruktur mungkin akan underperform dalam syarikat startup yang masih baru, huru-hara & mencari rentak.
Jadi kalau ada staf yang underperform, kadang2 bukan disebabkan kerjanya - tetapi budaya kerja itu sendiri tak ngam dengan jati dirinya.
.
2. Kepadanan kerja (“Job-fit”)
Faktor ini ini seperti biasalah - kerja tersebut kena atau tidak dengan skil/pengalaman staf tersebut.
Tak perlu saya huraikan di sini kerana kita serba maklum apa itu job-fit.
Cuma komen “counter-intiuitive” saya adalah untuk beri peluang kepada staf muda tertentu untuk mengambil bidang tugas yang lebih besar daripada pengalaman/skil yang ada.
Kalau staf tersebut betul2 hungry for success & mahu berikan 110%, insyaAllah dia akan buat kerja tersebut betul2 & capai tahap yang lebih tinggi.
.
3. Bajet
Tentunya staf yang lebih berpengalaman, lebih pakar, bawa nilai tinggi = lebih mahal gaji & benefit, kurang pengawasan
Manakala staf yang lebih muda, kurang berpengalaman = lebih murah gaji & benefit, lebih pengawasan
“Permata tersembunyi”, yakni staf yang mahu gaji bawah pasaran DAN berpengalaman/berkepakaran tinggi memang wujud. Syarikat kecil macam kita memang suka ambil orang begini.
Mungkin staf sebegini mahukan pengalaman/suasana baru. Mahukan cabaran baru.
Sebab itu kita kena kembangkan network sebesar mungkin. Untuk kenal permata2 ini.
Bab kembangkan network ini tips dia... buat kawan dan buat baik sebanyak mungkin. 🙂
.
P.S: Rasa gembira dengan pelantikan Tengku Zafrul & Dato Zulkifli Al-Bakri dalam Kabinet Malaysia.